Monday, December 23, 2013

what happen girl

assalammualaikum

seperti yang korang tahu bahawa cuti sekolah korang akan tamat ! tak dak lagy kartun pepagi , aktviti buat taik mata sampai kol 12 tengah hari . jamming , lepak-lepak sampai kol 3 pagy . terutama nya untuk girl-girl kat luar sana . yang layan ceta korea bagai semua ni . ahaks! aku pn samalah kan .

result PMR pon dah taw kan . share la ngan aku nahh nanti . heeheh . alhamdulilah , result aku pun oke ! jyeahh ! kawan-kawan pun dapat keputusan yang elok . syukur .. tapi problem aku tak pernah habis . aku tak taw nak pindah ka .. atau tak perlu. seperti yang korang tahu , pmr bukannya penting sangat  ibarat macam bonus ja pmr ni . yang penting spm . ! tapi .... aku pindah tak pa , cuma environment nanti lain . belajaq kat asrama tak sama dengan belajaq kat rumah . masa terhad . !

 aku tak suka sangat belajaq sampai 'penat' . relax , chill jaa . main-2 .. jangan stress . yang tu selalu aku buat dengan kawan-kawan . even selalu nak dekat nak peksa baru kami semua terkinja -kinja struggle . ! hahahha . suka time tu . semua tak balik rumah . pakat buat study group sampai petang  .

 nak cakap kat ayah susah . hurm :( . mama tak kisah sangat janji apa yang aku buat semua terbaik untuk aku  . huhuhu

: kang gary ! ! *apasal emo kau mesti panggil nama dia kan . aisyyhhh

Sunday, November 17, 2013

tak melambangkan cintakan negara

assalammualaikum

kadang-kadang aku tak faham dengan masyarakat sekarang . macam banggang lagi ! *sory ayat agak kasar. tambah-tambah remaja !! memang biadap , sombong , kurang ajaq , tak reti hormat . ! sesetengah ja lah . tak kira lelaki ka perempuan . semua dah sebati macam kau uli roti canai .

what the stupid question ? ok . aku ada laa baca kat facebook . bukan satu la tapi dah banyak . tapi yang ni paling bangang . ada kaa dia patut kaitkan 'hamba ALLAH bebas hidup dekat dunia . dgn masalah penjara yang ada . ' ? meaning ' orang ' yang kata tu macam tak mahu penjara ada la . kalau kau baca statement dia . mesti pikir dia bangang . *ramai ja yg like . yg like tu pun bangang juga ka ?

bukan aku nak kritik dia ka . bash dia . tapi cuba la pikir sama . jangan pakai tulis ja . macam ni lah . kalau penjara tak ada meaning tak guna la kita ada polis . tak ada guna la kita ada undang-undang . tak ada guna la kita ada kerajaan . dan semua orang boleh buat jenayah sesuka hati ja . kalau bunuh ka , rompak ka , tak payah la tangkap . ? macam tu ?

kita ni remaja . tak patut persoalkan soalan yang nampak sangat macam kita kritik apa yang orang tua kita buat . cuba tanya soalan yang lebih faedah . apa yang terbaik kita terima . apa yang tidak . kita jauhkan . negara kita ada undang-undang . bersyukurlah . daripada kita tengok negara lain yang masih berperang lagi sedangkan kita enjoy kat sini .  kirimkan doa kepada mereka yang masih hidup dalam kesusahan . jangan jadi dungu . ~!

by the way . korang tahu kerajaan belanja rm30 ringgit untk seorang yang duduk dalam penjara untuk sehari sahaja . kalau kat situ ada 300 orang ? kalau sebulan ? kalu 3 bulan ?berapa banyak dah rugi . ? ada banyak lagi story pasai penjara yang aku taw . *dapat info masa ikut kem .

: hari ni kita hidup dengan aman kerana kita rakyat malaysia yang bertuah ! fikirlah kehidupan nenek moyang kita semasa dijajah dedulu . :) .

Tuesday, November 12, 2013

mama punya cerita

assalammualaikum
aku memang buang tabiat duk terlebih rajin update bebanyak kat sini . korang yang baca pun bebulu mata dah kan . tersengguk-senguk macam burung pelatuk duk patuk tiang besi TNB tu . .

aku pun dah gelong . macam tak caya dah semakin hari malaysia makin maju kan . daripada kau beli cokelat 4 biji 20 sen sekarang dah 3 biji 20 sen . memula kau makan keropok super rings tuu asalnya isi dalam keropok tu ada bebanyak even kau selalu bubuh penuh dekat jari tangan dengan jari kaki kau  pun masih ada baki dalam bekas keropok tu . sekarang kau bubuh kat jari tangan pun beulm tentu cukup . dulu kau selalu makan sate yang 10 sen . *sate ikan kat depan sekolah . kalau beli 10 cucuk dapat la free 1 . uncle tu selalu bagi free kalau aku beli seringgit . sekarang kau beli sehinggit pun belum tentu kenyang kan .

dengar mama ceta dulu-dulu . well mama aku agak rock sikit bak kata ayah aku

 *masa tu zaman ella . penyanyi lagu rama-rama tu semua pakat duk tiru gaya dia la

aku yang duk kat seat belakang kereta pun duk angguk-angguk ja lahh . mama aku duk bercerita pulak kisah-kisah zaman kegemilangan mama dengan ayah aku masa tu . hahahax . serius lawak meh . 
aku suka dengaq , nasib laa mama ada picture lama-lama . bolehla aku tatap . 

by the way fashion dedulu memang awesome kan ? mama aku memang style gilos . masa tu kan pinggang macam saloma . sekarang lain dah . sebab anak dah 6 orang . tapi still nampak cantik mama aku . wuhooo . aku tabik kat mama aku . aku kagum la . 


nampak dak ? comel kan . ? macam aku laa tu . hahahax . i luv u mom ! muah !!

ini ayah aku , dah 40 an' dah tapi still kuat kayuh . badan mantain ja kurus . kadang-kadang naik moto aku tengok macam bdak remaja ja , even abg aku tinggi lagi drpd ayah . 
: dear ayah apakah rahsia mengekalkan bentuk bdan drpd menjadi boroi ? hahah


ayah marah ?

assalammualaikum

sekarang aku memang bosan dah . tak silap dah 2 minggu aku cuti . oh .oh ! 3 minggu kowt sejak habis exam tu . sekolah sat . lepas tu terus enjoy dengan mengadakan percutian selamanya didalam rumah . haha
adala perancangan nak cari keja tapi dengan gaya aku sequpa baloq liat nak bangkit pagi sekarang . dengan 'kerajian' aku ditahap palinggggg mininum memang tak lah kan . last-last aku dah buat keputusan nak pergi masuk kelas belajaq buat bakery dekat kolej komniti sungai petani . hahhaa

amacam ? bagus kan aku . well . aku kan peminat kek . semua kek aku rembaihh ! tak kisah la kek apa . janji makan, masuk dalam perut, kenyang , then kau belahak sampai bergegar sp ni kan . memang terbaik ! :3 kalau bole semua aku nak masuk . hahahx . tapi ayah ada juga suruh masuk kelas bahasa , perhhh . sapa mahu ayah ku ? cek baru nak cuti ni . . aku bagi macam -2 alasan . hehehe . ayah tak cakap pa . lepastu aku bodek ayah aku suruh support aku masuk kelas bakery . hahahx . alaaa sementara jaa sebelum anakmu ini mencapai cita-cita menjadi engineer *bangkit smbil pegang bendera malaysia . hahhahax .

selepas kau tolak permintaan ayahanda mu yang ingin kamu belajar bahasa . bole pulak sesuka hati mu suruh ayahanda mu support mu dalam bakery plak *terasa mahu panggang ja .. nasib laa ayah on ja . apa pon tak paa . aku ? gelak ja lahh dengan mama . heehehe . untung gilos . harap-harap berjaya misi aku ! jyeah *baling gary

: aku memang tak dak idea sekarang . apa kea patut aku buat ? idea please ??



wish someday i can make cake like this . . tapi aku nak create yang baru  laa. yang ni huduh sebab dah ada orang buat dah . hahahx . aku nak letak tanduk rusa atas kek aku . baru special

motif ? makanan membawa kebahagiaan . korang nak mengayat awek nanti , ajak la dya p mcD . hahah baru awek fefeling sayang . ceihhh . :3 

Friday, November 8, 2013

deaa ~! machaa . apa sudah jadi

assalammualaikum

akhirnya selepas 2 hari bertungkus - lumusss ..*muncungkan bibir .. aq mencari lagu-lagu LEESSANG . akhirnya dapat . terkinja-kinja menari tarian macarena dalam bilik .. hahhax . . last-last aku dengar ja lagu ni . ok memang tersangat happy .

btw tadi bukak la fesbukkk*sila mucungkan bibirmu .. tengok satu page ni . depa ada jual t-shirt runningman ! dan t-shirt LEESSANG ! omo . sangat - sangat awesome . *baling durian . memang cantik gila babe .. ~
aku nak beli . aku dah fall in love dengan kang gary dah ni oww .. hhahahax *mohon pijak beramai-ramai

kalau boleh semua aku nak beli .. tapiii dalam mimpi ja lah *bukak lagu 'kalau aku kaya . hari-2 aku raya.
ada maknanya awi rafael buat lagu tu . sesuai sangat untuk orang yang bercita-cita yang nak jadi kaya macam aku ni . tapi tak kesempatan kann .. *tngan d'bahu .

moral of story . aku nak tanyalah . tak da ka shop dekat sungai petani ni juai-juai barang macam tu . ? huhu . kalau beli online . kena sekali dengan postage . jadi mahai balik .. ==' sad life kan ?


kang gary . ohh itu gary oppa .. ehh itu kang gary oppa ..
oke ... :)



Wednesday, November 6, 2013

sangat geram

assalammualaikum

wah -wahh .* feeling macam nak terjun bagunan and then kau bukak sayap macam batman fly . oke memang gampang pon . aku nak join contest tu . sebab senang jaa syarat ja tapi masalahnya aku tak faham . macam pening ja aku tengok contest tu *aku yang tak reti ka or memang contest tu salah ? . hahahhax .jawapannya aku memang tak faham . :P .

contest tu best sebab tajuk dya mondaylicious . wohoooo .ada kang gary dengan song ji hyo . !! omo ! jjang .! arhhhhhhhhh !` *lempaq durian kat pala gary ~ memang nak join sangat ..macam best jew . macam best jew . * duckface .. btw last-last aku tutup account contest tuu . aku tengok video . hahax . senang ceta kann .. angkat kening double jerk !!

Tuesday, November 5, 2013

omo ! adik aku budak korea?

assalammualaikum

 oh my ! oh my !! aku memang dah gilos tengok kasut ! memang ternyata pun . sampai mama aku menyampah kalau aku p shopping lepastu masuk dekat setiap kedai yang ada kasut . masuk pulak bukan sat-sat . tapi LAMA -LAMA . padahal tengok ja pun . bukan nak beli . tapi gaya kau nyah macam kau kaya sangat nak beli kasut tu semua . ahak s! macam menyampah ja aku tengok . 

 obses dengan kasut tak pa . jangan kau obses dengan menatang lain sudah kan . uhuks !~ by the way . aku memang peminat tegar * bukan minat budak yang nama tegar tu . yg tengah up sekarang tuu * aku memang peminat fantatik kasut , aksesori , dress , cap and then kalau benda-benda comei ja . kau kasi lah kat aku  mesti aku cium - cium . kalau benda tu hidup dah lama aku kena penampaq sebab suka kiss dia lama - lama kann ..

wuhuuu . . . dia macam pelik sikit kalau aku kata aku memang minat laki sebab gaya rambut depa . wow! fantastik kau nyah . hahahaax . sebab tu lah aku selalu hingaq dekat adik-adik aku . tazkirah kat depa suruh tukaq style rambut . well aku ada 3 orang adik laki . dan sorang tak mahu dengaq pendapat aku . agak tension jugak dan terasa nak heret depa malam -malam masa depa tengah tidoq . bawak p kedai li-li cina tu . suruh potong rambut depa tu ..tapi aku kan kakak yang baik . *ahaks !~ mohon penyepak laju-laju .

bila bukak youtube . *tambah-tambah korea . kalau adik aku bertenggek sebelah aku . mesti aku tunjuk style rambut budak korea . tapi . . :( masih tiada kemajuan . kerana adik aku hanya mencemuh dan blah sambil mulut membebel -bebel sebab aku suka merepek suruh depa tukaq style rambut . macam pa lagi .. ==' dan mama aku pun tak sokong aku . sebab kebanyakkan cadangan aku mesti suruh depa trim rapat rambut depa kat tepi tuu . baru style . hahahhahahha 

 say something ? gaya dia macam ala-ala korea sikit . motif dya ? aku agak macam kumpulan 2NE1 tu . hahahax . 
 omo ! yang ni agak macam santai sikit . design dia simple . aku suka ! dan ala-ala hipster sikit kalau korang pakai skinny jeans or skirt labuh . wow ! aku suka !
yang nie paling aku geram !! yang putih tu pilihan aku ! dia macam funky rock ` jyeahhh! even design dya macam 'penuh' jaa . tapi still nampak simple . . heheheh . aku punya pendapat laa 


Friday, November 1, 2013

ada problem ? mau lawan ?

assalammualaikum

 hai peeps ! aku ada la satu problem yang mana aku tak faham . kadang-kadang rasa macam pelik ja dengan masalah ni . macam tak ada sebab ja 'masalah ' ni jadi .

 yahhh !~ cer korang tengok berapa banyak haters dekat malaysia ? aku tak faham la kenapa depa perlu membenci sangat ? * korang tak cukup kasih sayang ka ? oke memang ternyata dah . bagi aku lahh kan . MALAYSIA ni negara yang aman . tak kisah la walau politiknya dasyat . ~ tapi why not kita yang berlainan bangsa , agama ni bersatu ? *gampang nya ayat aku .. terasa mahu sepak ?

 tak perlulah nak menghina someone tu sampai kadang-kadang orang tu rasa macam nak' bunuh diri ' jerr   .
aku syorkan agar budak sekarang open minded la sikit . * macam gampang ja ayat kau meksya kan .

memang tak susah pon kalau korang tak buat .

contoh nya . korang tak suka k-pop ? tapi ada kawan-kawan korang minat gila . sampai satu tahap kawan korang asyik ceta pasai kpop .! kpop !.kpop . !mesti menyampah kan ? *mcm aku ja . asyik-2 runningman ! jaaa . *
korang just terus terang habaq dekat dia yang korang tak suka benda alah-alah macam tu . tak payah la nak marah-marah dia bagai . siap mengutuk lagi artis kpop tu .
 : itu tandanya anda seorang yang negatif . ~ dengan kawan pun nak marah-marah . aishhh *not my friend la walaupun depa tak suka . tapi depa honest habaq kat aku yang depa tak suka . bagus betul kan depa* muahhh !

second . korang tak suka budak hot kan ? korang macam menyampah gila bila baca status dia yang gedik-gedik . yang poyo jaa lebih . .*terasa nak lempaq durian ja kan
nasihat aku . korang just biarkan . jangan like or comment . dan jangan update pasai ayat ' BUDAK HOT XAKAN LAYAN STATUS INI . HANYA BUDAK COOL JAA AKAN LIKE '
tidakkah itu menunjukkan anda juga mahukan perhatian ?*angkat kening* chill la bro/sis . xkan larinya facebook ni . please la sangat jangan duk update ayat macam tu . tak rasa diri korang pun nak publisiti murahan kah?

yang ketiga . cer korang buka mata luas-luas macam spongebob . otak tu biaq berpungsi sikit *macam patrick dimana episode dia menukarkan otaknya dengan batu karang yang pandai *. jangan terlalu taksub dengan sesuatu benda . korang jangan asyik negatif thinking ja . !~ video ? instagram ? keek ? youtube ? facebook ? twitter ? . kadang-kadang media tu semua menjadi tempat someone nak menunjukkan sesuatu yang disuka .
contohnya : "hye guys . i sooooooo happy !! sebabnya papa kita belikan kita iphone 5 . dah lama kita nanak akhrnya dapat juga . luv u papa ..
damn ! mula lahh dapat komen NEGATIFFF ~ memang agak gedik ayat dia tu dan lbih kpd nak menunjuk . tapii tak payah la sampai nak mengutuk + maki .. dia just kata . kalau dia nak riak bagai .lantak dia lahh  . itu antara dia dengan ALLAH . kita jangan buat dosa kering sudah . dengan mengutuk dia.

 : better korang just komen benda yang bagi kesedaran dekat mereka . kalau korang rasa status depa tu melampau sangat . jangan duk kutuk pula ehh .* terasa macam ada ciri pakar motivasi pula *

to be honest ~ aku lebih benci orang yang nanak publisiti murahan daripada budak hot ~ tapi aku tak kata yang aku benci semua . hahahax *

Tuesday, October 8, 2013

E.X.A.M pmr ~~

assalammualaikum
 ini . ini . ini !! aku sangat bahagia ! akhirnya exam dah habis .. ~~ yehaaaaa .. wuhuuuuu raya sakan lol . hahhax .. korang rasa subjek apa paling aku benci ? ampa teka tengok ?? hahax . bukan math , bukan sains  bukan sejarah ! tapi KEMAHIRAN HIDUP keyh ! hhahhax . seyez lawak ..btw aku da banyak aktiviti nak buat .. memang gempak arr .. kalau ada rezeki bole laa cek ikowt akak cek naik gunung jerai ! . insya-Allah ....


Saturday, August 31, 2013

merdeka!

assalammualaikum
yeahh ! hari nie merupakan ulang tahun yang ke 56 negara kita merdeka . alhamdulilah .. btw aku yang duk kat sg,petani   ntak payah terkinja-kinja pergi dataran merdeka kat jam besaq nooo .. yang bila kau jalan bole berlaga pungkok-pungkok tuu .. 

aku tgok live unya kat sekolah aku ! smk sg,layar . ! gempak gila tahun nie . pengetua buat sampai kol 12 malam .. sekali ngan hari koko plak tu . best nyaaaaa !! sekali seumur hidup !! *btw gmbaq akan aku upload nnti . hahax 

dan satu lagi . tady aku duk jalan ngn my sis sementara mama aku duk berkelah malam-malm buta kat padang tuu . tetiba terjumpa laa cik siti hajar kita ! .serious comei gilaa .. hahahx . dya mmg cute pon .. atotoooo mesti kau kembang 10  talam kalaw kau baca entry aku ne hajar . hahahx . duk sembang-2 . tetiba nik mai cuit pinggang aku . nasib aa aku tak terkinja-kinja melatah .. kalaw tak buat malu jaa . .hahahhax . 

pastuu sembang plak dahh ngn kwan -kwan kakak aku . lelaki keyhh .. mmg tak larat gelak sampai abg yang buat coconut shack tuu tgok aku . hahahx . nsib laa abg tuu senyum jaa . hehheehhe .. aisyeman kwan kakak aku ngorat hajar .. aku mmg duk kat situ keja gelak lahh ngn hajar .. yg kak aku duk bertengkaq ngn syed kwn dya tu .. hahaahx . seyez tak larat nak gelak .. 

tapi tak tahan hajar pakai naju sama kaler ngn syed tuuu .. wahh-wahh .. mcm rancang plak kau nyahh ! haahahx 

: hari yang paling bersejarahh ! 31/08/2013

Wednesday, August 28, 2013

khayalan

assalammualaikum 
perhh ! . beb tak boleh blah arr abg eijat abdullah buat story kat belog dya .. hahahx . seyez lawak gila . sampai aku teriak terguling-guling sebab baca entry dya .. kadang korang baca belog mesti rasa boring kan . . asyik-2 ceta yang sama jaa kan . cuba korang cari belog yang boleh bagy informasi terkini kat korang . or pasai fesyen-2 ka . . alaa yang berfaedah .. 

btw hari jumaat nie da HARI KANTIN + sambutan kemerdekaan .. hahahx . sambut sekali mehh . gila gempak wehh . tahun nie paling best sebab buat sampai kol 12 malam . siap da bunga api lagy . wohooo . untung gila tahun nie . well pengetua tahun nie kan . pengetua baru . memang sporting abis arr . dengan pelajar pown leh sama-sama duk wat peace lagy .. bole dk gurau lagy . . tak sabaq . tak sabaq ..


Monday, August 26, 2013

budak kapel sampai mengancam

assalamualaikum . 
ishhh . aku da problem dengan masalah - masalah sekarang . kenapa ada banyak sangat tanda tanya dalam hidup aku . macam dya tak maw berpisah daripada aku plak . mcam digam oleh gam gajah . untuk setia ngan aku . aishh . apa laa

btw . cakap pasai masalah semua orang ada kan . even mak cik cleaner pon ada . mesti kau tak penah terpikir kan . mak cik cleaner tu pon ada masalah sebenarnya . . dya pon bukan nak sangat cuci - cuci tandas . lap sana - lap sini . dengan usia dya yang dah tua tuu . mesti dya nak relax kan . tapi mungkin masalah kewangan ka dya hadapi . mana ka tahu . ada penah kau jumpa mak cik cleaner yang renyih 24 jam sambil mop lantai kat market . ? ada ka ? tak dak kan . even kalau kau usha dya . sekali dya jeling kau . mesti kau terkinja-kinja lari sambil panggil mama kau . punya pandangan maut mehh ..

macam budak sekarang la . aku tak paham kenapa depa kemaruk sangat bercinta . memang lahh tak dinafikan aku pon remaja jugak . . baru 15 tahun . masa fasa nie laa . fasa gatai macam buluh miang tuu datang . masa nie laa kau baru nak kenai dunia sebenar . nak tempuh godaan - godaan . kau tahu ! ! 

tapi aku tak bole terima bila remaja sekarang bercinta samapi nak mati la  bercinta sampai sanggup gadai semua yang ada . ada yang bercinta sampai sanggup ponteng semata - mata na jumpa pakwe/makwe . . 
aku mest jumpa orang macam nie kat sekeliling aku . samapi kadang-kadan au dah talak 10 pon . still kau kapel lagi . ehh . bukan aku nak belagak sebab aku tak kapel ka pa . aku bersyukur kepada ALLAH sebab still sayangkan aku . sebab jauhkan aku daripada benda-benda macam nie . tapi ALLAH tunjukkan kepada aku macam mana pulak aku kalau kapel . macam yang jadi kat kawan-kawan aku ..

ya ALLAH memang dasyat kan kuasa cinta tu . sampaikan depa bole lupa kawan-kawan yang bantu masa depa susah . masa depa senang gelak sama - sama . aku tak penah menyesal kalau hilang kawan macam tu . kalaw depa duk jauh-jauh pon tak pa . dan aku bersyukur sangat ada kawan yang sekepala , gila-gila dan depa pandai . ! tuu aku suka .. kalau nak harap orang yang kalut bercinta ajaq kita buat math pon memang tak berjalan kan .. asyik mesej jaa 24 hours .

masalah utamanya bagi orng yang bercinta nie . aku peliks la depa tak pikir ka pasai parents depa . pelajaran depa macam mana . perjalanan kita masih jauh . kita pon tak tahu kita nanti macam mana . mati ka ? kahwin ka ? or  still duk tanam anggur ? mungkin kita selalu kata * laa . dah takdir aku macam nie nak buat macam mana * ehhh . korang bukak mata luas - luas keyh . sambil baca apa yang aku mahu tulis . jangan ssalahkan takdir kalaw korang tak mahu mengubahnya .. memang kita yang merancang tapi ALLAH yang menentukan takdir kita . selagi kita tak berusaha  . selagi tuu kita tak akan , tak penah , dapat hasilnya . !! ingat tuu .!

parents kita mana sanggup tengok anak-anak dya duduk depan tv . tengok jaa drama indon la  melayu laa . pastu main mesej , lepak .. parents mana lahh tak kesah kan . mesti nanak anak dya berjaya kan . aku tak mahu salahkan mereka yang fall in love nie ... aku pown mungkin akan hadapi . tapi bukan sekarang . masa akan datang . sapalah yang tahu .. kecuali ALLAH . aku tak kisah depa nak tuging langang ka .bukan masalah aku . ! 

yang menjadi problem bila depa ikowt sedap nak buat dosa depan aku . . aishhh . sorang kaple . semua kena !! kena beletiaq tahu ! pagi-pagi kena beletiaq pasai masalah kapel ... sapa yang sanggup akn . orang mai kolah nak belajar . aku bukan nak berlagak baik la . konon - konon aku nie tak kaple . tapi bila kita di didik oleh parents . awai-awai lagy parents dah bagi amaran . JANGAN DUK MENGATAI NAHH !!! BELAJAQ PNDAI-2 . UBAH HIDUP KITA ! hah ! bila parents pesan yang tuu setiap hari .. aku rasa macam hutang something dengan mama . mama ! dya tak penah kisah aku minta apa  , semua dya bagi . so aku rasa macam tanggungjawab aku nak balas . nak balas . . kalw dya x beranak aku . mana aku leh hidup macam sekarang .. 

kawan-kawan plak . memang style single . aku bertuah sangat dapat kawan mcam tuu . yang dapat tegur . yang dapat nasihat aku , yang dapat ajaq aku .. bertuahnya diriku ... cuma aku terdetik hati kat depa yang xsebertuah macam aku .. ermmmm ... kalaulahh aku dapat buat kebaikan rambang kan kat depa .. bestnya !! hehehehee :)
  

penang ? best ka ?

assalammualaikum
sekian lama kau tak tulis kat blog nie . mesti jari kau terhegeh-hegeh nak eja huruf sebiji - sebiji kan . . tak motif pown nak tulis . tetiba jaa angin kus-kus dya datang . hari nie dah 25/8/2013 . kan . ? kan ? kan ? 

hohoohoho tinggal 1 bulan jaa lagy meksya oii kau nak amik PMR . tapi kau still terkinja - kinja lagi bole ratah milo sambil tengok spongebob . memang pelajar yang mantap kan ? . so please jangan tir perangai macam nie . sebab hanya orang yang terpilih ja mampu buat . korang yang tak terpilih jangan duk terkinja-kinja nak buat benda pelik - pelik taww . amat - amatlah tak bagus untuk kesihatan u all . . hahaahhax *devil laugh*

btw aku nie bukan nak kata lahh . niat nak pindah sekolah tapi nak exam still tak mahu baca buku lagy . aishh . ak punya laa duk mengadu masalah aku nie kat kawan-kawan aku . depa relax ja . siap bagi kata - kata semangat yang bole mendorong minda korang nak campak jaa masuk dalam jamban . depa kata * aku pon sama bukan baca lagy buku . relax la nak dekat exam baru bukak buku . * alahai . kau rasa nak hempok dak  dengan buku KH dripada form 1-3 .. kan ? 

tapi aku dah nekad dah . apa pon aku kena jugak keluar drpada sg.layar tuu . nak pindah plak pi penang kalau da reeki la . tengok keputusan dulu . bkan nak main bantai ja kan . gila bapok kau  kalau result exam x cantik . . merana oww . asyik-asyik duk . sp . sp . sp . kau tak boring ka ? asyik . asyik nampak muka orang yang sama . yang sama  . yang sama . even kau pergi tandas kat AMANJAYA tu pown . kau still bole nampak muka orng yang sama kat sekolah kau . 

tujuan utama dya . kita belajaq rajin-rajin . dapat result elok-elok . pastu kita blah !!! yeahhhh ! punya semangat nie . korang jangan duk terkinja-kinja baling taik kat aku plak bila aku dapat g penang . maklumlah dapat jumpa ngan anak mami .. hahhahahx .. awww . suka la nyah ! = = ''